Pada angin ingin ku sampaikan pesan,
Tetapi mulut membisu seribu kata,
Pada malam ingin ku khabarkan berita,
Tetapi hati berdetik berhenti berbicara.
Mata layu ingin beradu,
Resah hati tidak berlalu pergi,
Kata hati pada sapa ku ingin mengadu,
Pada bulan katanya yang sedia menanti.
Pada bulan kau berjanji,
Hati mu resah gelisah menanti,
Pada yang baru kamu mencari,
Bulan yang kau janji ditinggal pergi.
Pada kamu ini kata kosong,
Ku menjawab tidak pasti,
Kamu berkata ini anganku sahaja,
Ku menjawab tunggu sahaja nanti.
Apa yang pasti ketentuannya,
Padanya ku berserah,
Padanya ku mengharap jawapannya...
No comments:
Post a Comment