Wednesday, March 17, 2010

#7.. Ada apa ngan kamu

Kamu rasa kamu bagus
Kamu rasa kamu cantik
Kamu rasa kamu bijaksana
Kamu rasa kamu ada segalanya
Kamu rasa kamu tiada kelemahan
Kamu rasa kamu banyak kelebihan
Kamu rasa kamu sudah cukup pengalaman

Akhirnya...
Kamu rasa kamu sempurna?

Sesungguhnya, Yang baik datang dari Maha Pencipta yang buruk
datangnya dari kita, Manusia yang tidak mempunyai apa pun.

Saya tidak kira siapa kamu,
Kamu semestinya tidak layak bercakap begitu.Siapa kamu?

Fikirkan sejenak siapa kamu...

Kamu tidak cantik dipandangan ku,
Kamu tidak bagus pada fikiran ku,
Kamu kurang bijak pada pendapatku,
Kamu tiada segalanya bagiku itu dongeng kamu,
Kamu banyak kelemahan di mataku,
Kamu seorang yang biasa sahaja di mataku,
Kamu tidak cukup kaya lagi dengan pengalaman itu hanya anganmu...

Aku sedar siapa diriku..

Tidak perlu kamu menjerit pada diriku,
Hati ku sakit bila kamu kata begitu,
Aku baru siapa aku pada dirimu,
Mulut kamu menyumpah berbicara pada diriku,
Hati ku merintih tatkala kamu berkata padaku,
Tetapi ku sedar sapa diriku,

Tidak kira siapa kamu,
Hanya diri ku tahu,
Kepada Maha Pencipta ku berdoa,
Agar kamu bangkit dari terlena..

Pada kamu aku berterima kasih
Ku harap kamu bertemu kasih..

No comments: