Tatkala aku duduk bersendirian
Aku bermonolog sendiri
memikir tentang pelbagai tajuk dan perkara
makku pesan jangan asyik memikir
kelak buruk padahnya
makin kering tubuhnya
makin banyak uban menghurungnya
Tapi aku tidak boleh berbohong
aku punya perasaan
dan aku tak mampu untuk menipu
diri sendiri..
dan aku tak di ajar untuk menipu
diri sendiri..
Soalnya di suruh ku bersabar
tapi aku bertanya sampai biler
.....senyap**
Berkali ku pujuk
tapi aku nie siapa nak dipujuk
....aku tunduk**
Tatkala ku di landa kepayahan atau kesusahan
ku mengaku aku lupa dan alpa dengan keagungan mu
ku lupa dengan janjiku kepada mu..
Pada Mu Yang Maha Esa
Kau berikan aku kekuatan untuk mengharunginya sekali lagi
Kau dekatkan ku pada Mu Ya Allah....
Ku sujud dan tunduk dengan Qadak dan Qadar mu!
Demi semua
ku akan kuatkan jiwa & hati
ku titipkan semangat ku
pelbagai cara untuk ku mengharungi
akan ku cuba demi semua...
kerna hati nie sangat senang melihat
yang di sayang bergembira....;))
JieJah's Say...
Ini hanya nukilan saya, xde kena mengena dengan sesiapa
sekadar ini berpuitis sambil menenangkan hati...
No comments:
Post a Comment